Tuesday 3 January 2012

Mengaji pasti boleh !

Bagi guru-guru Muslim, mari kita jenguk blog ni..saya sangat tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan. Sebagai guru, mungkin kita boleh kongsikan cerita ni dengan pelajar-pelajar supaya mereka nampak keagungan Al-Quran..

Jom jenguk blog tu..guna link seperti di bawah..

http://mengajipastiboleh.blogspot.com

Wednesday 21 December 2011

Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan

    Kajian yang sangat berguna kepada guru-guru yang mahu beralih kepada pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Apabila para guru meneliti kajian ini, sudah tentu kaedah yang dicadangkan sudah pasti akan diikuti kerana kaedah berbantukan komputer ini memberi banyak faedah kepada bukan sahaja pelajar, malahan guru juga akan mendapat kesenangan dalam pengajaran melalui kaedah ini. Ia adalah selaras dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di institut pengajian tinggi. Selamat membaca !!

Klik di bawah untuk melihat secara penuh kajian ini.

http://eprints.usm.my/9087/1/KEBERKESANAN_KAEDAH_PENGAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER.pdf

Tuesday 13 December 2011

Animation in Computer-Based Instruction

An article for teachers to give an overview about animation to be applied in teaching.


http://www.springerlink.com/content/822j5w865456rg37/fulltext.pdf

Tuesday 22 November 2011

Latihan Banner



Edited version, potrait size
 
    Alhamdulilah, akhirnya siap jugak banner yang tak seberapa setelah berhari-hari mempelajari Adobe Photoshop CS...gumbira..

Latihan Hands-On Mail Merge MS Word

       Pengetahuan teknik Mail Merge ini sangat penting bagi para guru khususnya, kerana ia dapat memudahkan penyediaan surat yang sama kepada bilangan pelajar yang ramai. Jadi, guru tidak perlu lagi menulis nama dan alamat pelajar satu persatu berulangkali untuk satu jenis surat yang sama.

Langkah-langkah Penyediaan Surat menggunakan Teknik Mail Merge

  1. Klik pada Mailings, Star Mail Merge dan pilih Letters.
  2. Taip surat rasmi yang dikehendaki besertakan kepala surat dan logo sekolah.
  3. Kemudian pada bahagian Mailings tadi, klik Select Recipients dan Type New List.
  4. Masukkan maklumat pelajar dan waris pelajar beserta gelaran Puan atau Datin, mengikut nama, alamat, no telefon serta maklumat-maklumat lain.
  5. Gerakkan cursor ke barisan seterusnya dan klik pada New Entry untuk tambahan pelajar lain.
  6. Klik Ok untuk simpan data pelajar dan save (pastikan kedudukan fail simpanan maklumat pelajar telah dikenalpasti untuk pengunaan penyediaan surat berikutnya). Data tersebut sentiasa boleh diubahsuai dengan klik pada Edit Recipients List.
  7. Pada surat, letak cursor pada kedudukan dimana maklumat setiap pelajar akan dipaparkan dan klik Address Block. Ubahsuai paparan maklumat pelajar dan klik Ok.
  8. Begitu juga dengan Greeting Line. Letakkan cursor di kedudukan pada surat dan klik Greeting Line. Ubahsuai paparan mengikut kesesuaian surat.
  9. Klik Finish & Merge dan seterusnya Preview Results untuk melihat hasilnya.
  10. Kedudukan jarak antara maklumat pelajar boleh diperbaiki pada surat tersebut. Dengan sendirinya, semua kedudukan maklumat pelajar lain turut berada pada tempat yang betul
  11. Sekarang, guru boleh print surat tersebut yang akan dihantar kepada lebih daripada seorang pelajar.
Selamat Mencuba!

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Dato' Syed Omar

       Tugas sebagai ketua guru pasukan kawad rumah sukan merupakan tugas baru yang mencabar. Mana tidaknya, guru terpaksa bersama pelajar selama lebih dari seminggu untuk menjalani latihan kawad setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam. Dan dalam tempoh tersebut, bermula aksi 'mengejar pelajar' untuk menghadiri latihan tersebut. Pada hari yang dinantikan, inilah hasilnya...




       Dengan bertemakan Harimau Malaya, pasukan kawad rumah sukan Mangkubumi kurang mendapat tuah tahun ini (kalah). Tetapi kesungguhan para pelajar memang patut dipuji walaupun guru-gurunya terpaksa berhempas pulas menyediakan satu pasukan kawad yang lengkap dan bersedia...Syabas MANGKUBUMI !